Kami harap dapat berikan anda perkhidmatan memperbaharui Insuran atau Takaful secara online ini mudah dan cepat. Di bawah ialah beberapa soalan soalan lazim. Jika antara soalan soalan ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda, boleh terus hubungi kami.

Soalan Lazim

Apakah Renew Takaful atau Renew Insuran?

Renew Takaful atau Renew Insuran adalah salah satu portal yang membolehkan anda memperbaharui Insuran atau Takaful Kenderaan anda seperti ( Insuran Kereta atau Takaful Kereta ) Komprehensif secara mudah, pantas dan selamat. 

 

Apakah dokumen yang diperlukan disediakan untuk memperbaharui Insuran Kereta / Takaful Kereta saya?

Anda tidak perlu berikan apa apa dokumen kepada pihak kami. Semua maklumat didalam dokumen berkenaan telah terdapat didalam server kami. Anda cuma perlu masukkan beberapa data seperti No Kenderaan, No Kad Pengenalan serta Syarikat Insuran atau Takaful terdahulu untuk pengesahan NCB / NCD

 

Adakah portal ini menyediakan Pelan Komprehensif sahaja?

Ya, Hanya pelan Takaful Komprehensif sahaja ditawarkan didalam portal ini. Ini bermakna kenderaan anda dilindungi pada harga pasaran seperti yang terdapat didalam data yang diberikan. 

 

Bagaimanakah cara pembayaran dibuat?

Bayaran anda boleh dibuat dengan CARD CREDIT, DEBIT, FPX dan sebagainya. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang disediakan sehingga ke peringkat pembayaran.

 

Bagaimana saya hendak mendapatkan Nota Lindung / Cover Note?

Anda boleh mendapatkan Nota Lindung / Cover Note selepas bayaran diterima secara online dan anda juga boleh mencetak Nota Lindung / Cover Note tersebut.

 

Sekiranya saya melanggan perlindungan Takaful secara dalam talian ( Online ). Jika saya terbabit dalam mana mana musibah seperti kemalangan. Bagaimana saya ingin membuat tuntutan?

Anda boleh menghubungi No Tol Free yang disediakan seperti berikut:-

Etiqa Takaful Berhad - Auto Assist: 1800-88-6491

Etiqa Takaful berhad - Claims Careline: 1300-88-1007

Takaful Ikhlas Sdn Bhd - Bantuan Ikhlas: 1800-88-1186

 

Adakah saya layak mendapat perkhidmataan penundaan kenderaan sekiranya saya melanggan secara dalam talian?

Anda secara asasnya memang layak mendapat perkhidmatan penundaan kenderaan walaupun membuat langganan secara dalam talian.

 

Dimanakah bengkel yang diiktiraf oleh syarikat Takaful yang berdekatan dengan saya?

Syarikat Takaful telah menyediakan senarai bengkel bengkel yang diiktiraf diseluruh Malaysia. Sila ke halaman HUBUNGI KAMI untuk melihat senarai berkenaan.